Want your
own Fotopage?









 
Jana-fiq Photography (0193783665)

By: Janaludin Jaruman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]
Friday, 3-Jul-2009 08:01 Email | Share | | Bookmark
Majlis perkahwinan Azlan & Linda

Sungai Buloh, Paya Jaras Hilir

Terimakasih saya ucapkan kepada pasangan pengantin dan juga keluarga mereka kerana
menerima saya sebagai jurufoto untuk merakamkan majlis penuh sejarah ini.

Tidak ketinggalan juga kepada Azue Boutique kerana memberi kepercayaan kepada saya sebagai jurugambar beliau.

Walaupun Linda dan suami terlalu gembira menerima album gambar (Custom album + Sticky album)
tetapi saya lagi gembira apabila Linda dan Azlan berpuashati dengan hasil kerja saya.











Salam
Terserlah keindahan
Terbit kepuasan
Pengantin pasti tersenyum riang
Fri 3-Jul-2009 11:25
Posted by:meorjay meorjay65@yahoo.com  - [Link]
WaHH bro jana dah maKin kreatif!!... ..cantekkk la!!... Fri 3-Jul-2009 12:23
Posted by:yaR-t  - [Link]
Add comment


Friday, 22-May-2009 16:43 Email | Share | | Bookmark
Di Majlis Pertunangan Wan & Zulianna (5 April 2009)













uiksss... mana gambar outing zoooo......
berjanggut tunggu ni....
Tue 2-Jun-2009 16:34
Posted by:LITTLESTARS littlestars_studio@yahoo.com.my  - [Link]
Abg dah update entry pertunangan elly & rahman Wed 3-Jun-2009 02:30
Posted by:meorjay  - [Link]
album yang menarik Wed 1-Jul-2009 20:39
Posted by:krul  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Friday, 22-May-2009 16:28 Email | Share | | Bookmark
Di Majlis Pertunangan Faizie & Cikin (25 January 2009)












Salam
Wah! Dah mula meriah kembali fp ni dengan gambar2
Cantik gambar pertunangan ni
Siap ada gambo kat backdrop dan outdoor lagi
Sun 24-May-2009 03:37
Posted by:meorjay meorjay65@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Monday, 2-Feb-2009 08:24 Email | Share | | Bookmark
KLIFF 2008

Atas permintaan teman-teman semua saya pun mengupdatekan laman saya ini.
Ini adalah KLIFF 2008 tahun lepas dan saya pillih sekadar yang mampu dan mencuba beberapa efek untuk tatapan semua.

















Sangat bersemangat saya tengok FP ni...
Apa khabar bro? lama sudah kita tak bersua muka.
Moga sihat sejahtera selalu, Inshaallah!
Sat 14-Feb-2009 01:59
Posted by:badangperkasa  - [Link]
HOT Sun 22-Feb-2009 23:26
Posted by:cak cicadalogy  - [Link]
Pergh!!!!!!
shuntek maut Bro
Cayalah.....esok jangan LUpa bangun awal gi ZOO erk Bro
Fri 22-May-2009 06:48
Posted by:Kak dod  - [Link]
Add comment


Friday, 21-Nov-2008 09:56 Email | Share | | Bookmark

Hari tu saya masuk ke sebuah panggung wayang untuk menonton. Tiba-tiba saya terkejut apabila seorang gadis menjerit lalu muncul di depan saya dalam keadaan yang mengerikan. Saksikanlan......... HISTERIA!!!!!!!

Memang Best tak percaya TENGOK.




















Haiyaa! Sudah manyak lama tatak hapdet ni ..
Upload la gambo2 terbaru sekeping dua
Tue 20-Jan-2009 06:16
Posted by:meorjay  - [Link]
halluuuu bila mau hupdet ni... Tue 20-Jan-2009 06:29
Posted by:littlestars littlestars_studio@yahoo.com  - [Link]
mana lagiii Wed 21-Jan-2009 04:31
Posted by:krul  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Friday, 21-Nov-2008 09:18 Email | Share | | Bookmark
Rusdi Ramli & Sharon Paul Wedding

Pada 16 November 2008 saya telah berkesempatan untuk membantu bang Meor untuk mengabil gambar perkahwinan Rusdi Ramli & Sharon Paul. Cukup meriah, dengan kehadiran sharifah Shahirah dan Zaibo. Beberapa orang top artis juga hadir antaranya Datuk Siti N dan Datuk K, Maya Karin, Kavita Kaur, Nash, Bob dan lain-lain lagi. Ini adalah beberapa gambar yang sempat saya upload enjoy!!!














Care to comment?


Friday, 7-Nov-2008 02:34 Email | Share | | Bookmark
Hasrul Asham & Noor Faraliza 2 November 2008

Saat yang ditunggu tiba jua...
Selamat pengantin baru kepada Hasrul dan Faraliza
Terimakasih juga kepada keluarga pengantin yang telah membenarkan say sebagai OP,
tidak ketinggalan juga kepada Andaman Hanis, kak Yus.
Kepada kawan-kawan, enjoy shooting!!!








huhu biru eyh mate pngantin 2
Sat 8-Nov-2008 04:03
Posted by:hanif ramli  - [Link]
meletopssss.... suka tengok close up sebegini... Fri 14-Nov-2008 16:57
Posted by:littlestars eayda_little_stars@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Monday, 3-Nov-2008 06:58 Email | Share | | Bookmark
Potluck Di Sungai Penchala (Rumah Krul)

Tempoh hari kami mengadakan Potluck di Sungai Penchala Anjuran pencala.fotopages.com di rumah saudara Krul.
Majlis yang disambut secara sederhana tetapi meriah itu dihadiri dengan hampir semuanya memakai baju melayu/kurung yang berwarna-warni dan makanan pun banyak dibawa.

Warga Pencala Fotopages ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua yang telah hadir pada Potluck Raya tempoh hari.
Semoga pada majlis akan datang akan dibuat dengan lebih baik. InsyaAllah.

Disebabkan agak busy tempoh hari saya tidak berkesempatan untuk mengeposkan photo yang di shoot. Pada hari in FREE sikit jadi saya mencari gambar mana nak diposkan dan inilah hasilnya.



pergh.... kalau tahun 80'an dah boleh buat cover album ni...he...he.. Mon 3-Nov-2008 12:36
Posted by:yatie  - [Link]
Salam
Dah lama tak ke sini
Agak bz akhir2 ni
:: Alahai .. lelaki melayu terakhir manalah ni ye
Fri 14-Nov-2008 14:23
Posted by:m:e:o:r:j:a:y  - [Link]
Add comment


Wednesday, 15-Oct-2008 04:05 Email | Share | | Bookmark
Movie Tipu Kanan Tipu Kiri

Pada 14/10/2008 hari tu saya berpeluang merakamkan hari pembukaan movie TIPU KANAN TIPU KIRI. Arahan Sharad Sharan. Para pelakon di antaranya Hans Isaac, Natasha Hudson, Titi Kamal, Christian Sugiano, Sazzy Falak dan lain-lain.

Cerita cukup hebat kisah percintaan, yang muda-muda sukalah tu.
Dalam cerita ni kita akan menyaksikan beberapa watak orang yang dah kahwin, yang sudah top dan dan baru nak naik jadi star.

Kepada sesiapa yang sedang bercinta tu pergilah tengok best!!!!













err...bang, tiket pree takde ke Sat 18-Oct-2008 14:23
Posted by:cak cicadalogy  - [Link]
wahh....dah level2 artis dah bro jana skang nih Mon 3-Nov-2008 02:07
Posted by:yaR-t  - [Link]
Huhuhuhu akhirnyer dikeluarkan juga....
hari tu tengok dalam kamera jer tak syok...kocik sangat...
re : apa ble buat benda nak kena bro...lepas ni nak cepat macammana pun cari gunting gak..tak mau sejarah berulang kembali... seksa woooooooo
Mon 3-Nov-2008 03:25
Posted by:littlestars eayda_little_stars@yahoo.com  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Monday, 13-Oct-2008 05:04 Email | Share | | Bookmark
Detik-detik kenangan menyambut Hari Raya Aidil Fitri.

Atas permintaan teman-teman, saya menguploadkan gambar-gambar kenangan menyambut Hari Raya Aidil Fitri semasa saya berRaya di kampung Seremban di rumah keluarga isteri saya.

Antaranya ialah acara membakar lemang, ketupat, rendang dan lain-lain kueh tradisional. Tetapi di sini saya hanya dapat menguploadkan suasana membakar lemang dan persediaan berbuka sahaja. Sebabnya masa tu takada yang buat permintaan untuk bergambar sehinggalah abang ipar saya nak posting saya pun ambil camera, ketika itu dah start bakar lemang dan berpeluh. Maksudnya sebelum tu seperti memasukan daun pisang, pulut, santan kelapa ke dalam buluh dan mengambil tunggul kayu yang besar (untuk pembakaran yang lama) tidak dapat diRAKAMkan. Jadi inilah yang saya dapat kongsikan.

Tugas-tugas:
Selalunya pencarian buluh lemang dilakukan oleh kaum lelaki maksudnya saya sendiri, tetapi pada tahun ni buluh lemang sudah disediakan oleh Pak Alang saya, beliau tidak dapat settlekan (memasak lemangnya sendiri) kerana tak larat (terlalu penat) dan beliau ingin berkongsi dengan kami, dan meminta saya menyettlekan semua (dia tahu lemang tu masak sahaja). Juga kayu untuk membakar lemang (ketika kaum wanita menyediakan beras pulut ke dalam buluh lemang) dan memastikan kayu yang kering dan tahan untuk beberapa jam atau lebih terperinci untuk mendapatkan baraapi (lihat gambar).

Pada kaum wanita pula. Apabila buluh lemang dah dipotong mengikut ruas dan dibersihkan, Tibalah masanya untuk persediaan memasukan beras pulut. Sebelum itu beras pulut hendaklah di basuh dan di rendam di dalam air selama satu jam. Semasa menunggu beras pulut siap direndam, buluh lemang dimasukan dengan daun pisang muda dengan menggunakan pelepah pisang dengan cara yang...itu yang tak dapat rakam tu. Setelah satu jam beras pulut direndam ia ditoskan dan dimasukan kedalam buluh, juga santan kelapa (petua jangan hentakkan buluh tadi bertujuan untuk memadatkan beras pulut, cukup sekadar dengan memasukkan lidi dan ditolak agar santan kelapa dan beras pulut sebati). kemudian barulah dibakar.

Untuk memastikan lemang masak saya terpaksalah duduk didepan unggun api dan bertemankan sebaldi air (bukan untuk diminum tetapi untuk menyejukkan tangan), dua lapis sarung tangan dan sedikit pengalaman dari Papa saya yang pakar memasak lemang (jarang orang tempah yang komplain). Ianya perlu dihentakan perlahan, dialihkan dan di pusing-pusingkan lebih kurang 15minit setelah kelihatan buih yng menunjukkan ia menggelegak (panas) pada ketika inilah cabaran akan berlaku bukan hanya jaga lemang api pun kita kena perhatikan laa.... lupa pulak (jarak bara api dengan lemang lebih kurang 1 kaki). Setelah satu jam setengah barulah kita boleh mencubanya.

Lemang yang dikatakan baik dan masak, ianya mestilah sebati tidak berderai dan tidak hangus. Dan sesiapa yang tak posa tu boleh lah mengetes sedap ke tidak. Ketika ini api hendaklah dijauhkan dari lemang.

Komplain tak ada bak kata Pak Alang All Very Nice thank you next year buat lagi. Saya pun senang hati.

Tidak dapat dirakamkan:
Ketupat, salai (smoke) ikan keli (semasa raya pasar jual ikan tutup), salai daging, Masak rendang, masak serat dan lain-lain.

Warisan:
Juadah Tradisional di Hari Raya, Balik Kampong, Gotong Royong, Perjumpaan keluarga yang ramai (Cucu 53, cicit 1, anak dan menantu 14).

Sekiranya ada yang tak kena maafkan saya, kalau nak tanya silakan.








Persediaan untuk berbuka puasa.









Inilah saat-saat yang ditunggu sesiapa yang berkeluarga ramai, Berbuka bersama-sama hidangan pun cepat selesai.


Salam aidil fitri sahabatku jana & family
Wah! Boleh buat rencana mengenai proses memasak lemang ni kerana begitu terperinci
Bagi abg, dalam proses pembakaran lemang ni yg paling tak tahan adalah terkena asap
Pastinya berair mata dan berhingus hidung dibuatnya
Makanan pula bila dah dirakam close-up sebegitu, kecur liur dibuatnya
:: Ada kesempatan nanti abg nak cuba rakamkan proses memasak lemang dari awal hingga lemang masak
Mon 13-Oct-2008 10:36
Posted by:m:e:o:r:j:a:y meorjay65@yahoo.com  - [Link]
Bakar lemang pakai kayu balak...
Semua lauk tu buat orang terlur jer la..
Baru tahu betapa susahnya nak buat lemang... info yang bagus.
Tue 14-Oct-2008 05:14
Posted by:ajam ajam_72@yahoo.com  - [Link]
hu..hu... buat masak lemak udang dengan kacang tu... . Seumur hidup saya tak pernah bakar lemang sebab mak memang tak suka lemang he...he.. kawin pun dengan ahli keluarga yang memang tak buat lemang jadi setiap kali raya kalau teringin beli je la... he..he.. . Seronok gotong royong masak cenggini. Mon 27-Oct-2008 22:22
Posted by:yatie  - [Link]
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.