Want your
own Fotopage?









 
Jana-fiq Photography (0193783665)

By: Janaludin Jaruman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  >  >>]    [Archive]
Monday, 13-Oct-2008 05:04 Email | Share | | Bookmark
Detik-detik kenangan menyambut Hari Raya Aidil Fitri.

Atas permintaan teman-teman, saya menguploadkan gambar-gambar kenangan menyambut Hari Raya Aidil Fitri semasa saya berRaya di kampung Seremban di rumah keluarga isteri saya.

Antaranya ialah acara membakar lemang, ketupat, rendang dan lain-lain kueh tradisional. Tetapi di sini saya hanya dapat menguploadkan suasana membakar lemang dan persediaan berbuka sahaja. Sebabnya masa tu takada yang buat permintaan untuk bergambar sehinggalah abang ipar saya nak posting saya pun ambil camera, ketika itu dah start bakar lemang dan berpeluh. Maksudnya sebelum tu seperti memasukan daun pisang, pulut, santan kelapa ke dalam buluh dan mengambil tunggul kayu yang besar (untuk pembakaran yang lama) tidak dapat diRAKAMkan. Jadi inilah yang saya dapat kongsikan.

Tugas-tugas:
Selalunya pencarian buluh lemang dilakukan oleh kaum lelaki maksudnya saya sendiri, tetapi pada tahun ni buluh lemang sudah disediakan oleh Pak Alang saya, beliau tidak dapat settlekan (memasak lemangnya sendiri) kerana tak larat (terlalu penat) dan beliau ingin berkongsi dengan kami, dan meminta saya menyettlekan semua (dia tahu lemang tu masak sahaja). Juga kayu untuk membakar lemang (ketika kaum wanita menyediakan beras pulut ke dalam buluh lemang) dan memastikan kayu yang kering dan tahan untuk beberapa jam atau lebih terperinci untuk mendapatkan baraapi (lihat gambar).

Pada kaum wanita pula. Apabila buluh lemang dah dipotong mengikut ruas dan dibersihkan, Tibalah masanya untuk persediaan memasukan beras pulut. Sebelum itu beras pulut hendaklah di basuh dan di rendam di dalam air selama satu jam. Semasa menunggu beras pulut siap direndam, buluh lemang dimasukan dengan daun pisang muda dengan menggunakan pelepah pisang dengan cara yang...itu yang tak dapat rakam tu. Setelah satu jam beras pulut direndam ia ditoskan dan dimasukan kedalam buluh, juga santan kelapa (petua jangan hentakkan buluh tadi bertujuan untuk memadatkan beras pulut, cukup sekadar dengan memasukkan lidi dan ditolak agar santan kelapa dan beras pulut sebati). kemudian barulah dibakar.

Untuk memastikan lemang masak saya terpaksalah duduk didepan unggun api dan bertemankan sebaldi air (bukan untuk diminum tetapi untuk menyejukkan tangan), dua lapis sarung tangan dan sedikit pengalaman dari Papa saya yang pakar memasak lemang (jarang orang tempah yang komplain). Ianya perlu dihentakan perlahan, dialihkan dan di pusing-pusingkan lebih kurang 15minit setelah kelihatan buih yng menunjukkan ia menggelegak (panas) pada ketika inilah cabaran akan berlaku bukan hanya jaga lemang api pun kita kena perhatikan laa.... lupa pulak (jarak bara api dengan lemang lebih kurang 1 kaki). Setelah satu jam setengah barulah kita boleh mencubanya.

Lemang yang dikatakan baik dan masak, ianya mestilah sebati tidak berderai dan tidak hangus. Dan sesiapa yang tak posa tu boleh lah mengetes sedap ke tidak. Ketika ini api hendaklah dijauhkan dari lemang.

Komplain tak ada bak kata Pak Alang All Very Nice thank you next year buat lagi. Saya pun senang hati.

Tidak dapat dirakamkan:
Ketupat, salai (smoke) ikan keli (semasa raya pasar jual ikan tutup), salai daging, Masak rendang, masak serat dan lain-lain.

Warisan:
Juadah Tradisional di Hari Raya, Balik Kampong, Gotong Royong, Perjumpaan keluarga yang ramai (Cucu 53, cicit 1, anak dan menantu 14).

Sekiranya ada yang tak kena maafkan saya, kalau nak tanya silakan.








Persediaan untuk berbuka puasa.









Inilah saat-saat yang ditunggu sesiapa yang berkeluarga ramai, Berbuka bersama-sama hidangan pun cepat selesai.


Salam aidil fitri sahabatku jana & family
Wah! Boleh buat rencana mengenai proses memasak lemang ni kerana begitu terperinci
Bagi abg, dalam proses pembakaran lemang ni yg paling tak tahan adalah terkena asap
Pastinya berair mata dan berhingus hidung dibuatnya
Makanan pula bila dah dirakam close-up sebegitu, kecur liur dibuatnya
:: Ada kesempatan nanti abg nak cuba rakamkan proses memasak lemang dari awal hingga lemang masak
Mon 13-Oct-2008 10:36
Posted by:m:e:o:r:j:a:y meorjay65@yahoo.com  - [Link]
Bakar lemang pakai kayu balak...
Semua lauk tu buat orang terlur jer la..
Baru tahu betapa susahnya nak buat lemang... info yang bagus.
Tue 14-Oct-2008 05:14
Posted by:ajam ajam_72@yahoo.com  - [Link]
hu..hu... buat masak lemak udang dengan kacang tu... . Seumur hidup saya tak pernah bakar lemang sebab mak memang tak suka lemang he...he.. kawin pun dengan ahli keluarga yang memang tak buat lemang jadi setiap kali raya kalau teringin beli je la... he..he.. . Seronok gotong royong masak cenggini. Mon 27-Oct-2008 22:22
Posted by:yatie  - [Link]
Add comment


Thursday, 25-Sep-2008 10:47 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT HARI RAYA Maaf Zahir Dan Batin

Di Hari Lebaran ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA Maaf Zahir Dan Batin untuk seluruh pengunjung FP, juga kepada teman-teman yang selalu memberi sokongan, tunjuk ajar dan komen-komen yang bernas, dalam bidang fotografi.

Dengan rendah hati dan tulus ikhlas saya dan famili menyusun jari memohon maaf dari hujung kaki hingga ke hujung rambut seandainya ada kekhilafan yang kami lakukan samada disedari mahupun tidak disengajakan.


salam...
slamat hari raya...
Tue 30-Sep-2008 16:33
Posted by:dina nida  - [Link]
SELAMAT BERHARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
سلامت هاري راي عيدالفطري معاف ظاهير باطين
GAMBAR MAJLIS BERBUKA PUASA FP NORTHERN TELAH DIUPDATE
Tue 30-Sep-2008 22:23
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
Nak Raya dah Raya.. sambung balik tugas sebagai jurugambar...eheheh..
Nak buat album magazen/storyboard tak?...
Wed 8-Oct-2008 03:22
Posted by:abangman  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Monday, 22-Sep-2008 02:51 Email | Share | | Bookmark
TERJAHAN KAMI DI JALAN MASJID INDIA PADA 20/9/08

Merdeka
 
 
View all 6 photos...
Kami PENCALA FOTOPAGES telah mengadakan apa yang kami panggil "TERJAHAN KAMI DI JALAN MASJID INDIA PADA 20/9/08". Sebelum itu saya mengucapkan ribuan terimakasih kepada pengelola TERJAHAN ini di antaranya AJAM, KRUL, MEORJAY dan peserta-peserta terjahan. Dengan adanya outing seperti ini dapatlah kita berkongsi ilmu photography kita.

Pada saya cukup ramai yang menyertainya lebih kurang 20 penembak. Kami mulakan dari masjid Jamek, tempat kami berkumpul, setelah solat Asar dan Kak Zain Zubir tiba kami pun mulakan terjahan kami ke jalan Masjid India setelah berbuka dan bersolat kami menerus terjahan kami ke Dataran Merdeka di mana kami bersurai. Dalam perjalanan itu banyaklah yang kami tembak sebahagiannya dari saya, KALAU TAK CUKUP lawatilah http://pencala.fotopages.com di situ banyak Link penembak yang menyertai kami.

Saya sendiri cukup enjoy dapat menembak gelagat orang KL bershopping untuk persediaan menyambut Hari Raya, termasuk jugalah kaum yang lain mengambil kesempatan untuk bershopping. Bagi peniaga-peniaga ini lah peluang untuk mereka mendapat keuntungan yang lebih. Oleh itu Enjoy!!!!!






















Inilah Shaari yang sesat nak balik dari menembak.

Tengoklah sehingga menjilat bibir makanan eh bukan Ceramah yang di sampaikan










tomei2...huhu.
otai la katakangggg!!!!!
trimas kasis share ilmu...
Mon 22-Sep-2008 13:26
Posted by:cak cicadalogy  - [Link]
tu ar otai..best La... Tue 23-Sep-2008 02:23
Posted by:sani mr_selamber@yahoo.com  - [Link]
selamat hari raye maaf zahir dan batin..semoge berbahagia bersama keluarga Thu 25-Sep-2008 14:25
Posted by:anep  - [Link]
View all 17 comments Add comment


Friday, 8-Aug-2008 09:17 Email | Share | | Bookmark
Outing ke Frim 020808 menjelang 080808 Olympic

 
 
 
View all 6 photos...









salam perkenalan,
wah seronoknye shoot pic, tak nak ajak aku skali ke
nko dok mane ek,
Tue 16-Sep-2008 08:08
Posted by:syafeeq syafik_fuad@yahoo.com  - [Link]
salam tuan umah....lamam x bertembung...hehehe...
senyap jer la ni.....mana menghilang?

>>> entry kali ni Aku HAppy Dia Pun HAppy.....!!
Fri 19-Sep-2008 03:17
Posted by:evlensa Photography evlensa@gmail.com  - [Link]
update : gegar kl! Sun 21-Sep-2008 12:29
Posted by:FarEast  - [Link]
View all 24 comments Add comment


Wednesday, 25-Jun-2008 03:11 Email | Share | | Bookmark
FAIZ & IELA

 
 
 
Pada 31 dan 01 Jun lalu saya berpeluang lagi untuk mengambil gambar perkahwinan pasangan Faiz Ashraf dan Norshila
di Taman Dagang Ampang, KL.

Dan pada hari ini jugalah saya merasmikan studio lighting yang baru dibeli. Dan inilah sebahagian hasilnya. Kalau nak komen pun boleh.

Saya ucapkan ribuan terimakasih kepada Abang Meor, Krul, Iza(juga kawan Iza yang sediakan pakaian pengantin, lupalah namanya), dan Kak Irma. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Pengantin dan keluarga.





aper nie bang dh lama sgt bersarang nie......update arrr....
ader skill baru ker? hi3 share ler...
Fri 25-Jul-2008 17:40
Posted by:eVlensa photography evlensa@gmail.com  - [Link]
URGENT !!!
Sila bagi nama penuh serta IC untuk permit ke FRIM dengan segera.
Mon 28-Jul-2008 05:55
Posted by:pencala  - [Link]
cantik nya gambo.. Fri 15-Aug-2008 01:11
Posted by:yatt  - [Link]
View all 16 comments Add comment


Monday, 9-Jun-2008 09:27 Email | Share | | Bookmark
Shairazi & Rafidah

 
 
 
View all 15 photos...
Pada 24 dan 25 Mei lalu saya berpeluang untuk mengambil gambar perkahwinan pasangan Shairazi dan Rafidah di Bahau Negeri Sembilan. Dan inilah sebahagian hasilnya.

Tak ketinggalan juga ingin saya ucapkan ribuan terimakasih kepada Abang Meor, Kontan, Azue dan Amie.







Kepada semua Teman-Teman yang sejati sebarang komen adalah satu tunjuk ajar kepada saya. Saya ucapkan banyak-banyak Terima kasih.


Kontan: Sama-sama, Bila nak TT sekali dengan kita orang.

Yatie: Mana ada ajar pun..... javascript:emoticon('')Kitakan sama-sama belajar itu yang penting.


Kak Zai: Wah! Dah lama tak jumpa kak Zai. Organize lah TT lagi. Bolehlah kita discuss a lot of things about photography.javascript:smilie(':-%3E');
Tue 17-Jun-2008 04:35
Posted by:janafiq  - [Link]
woW bro!..makin majuuu....good job! Tue 24-Jun-2008 05:28
Posted by:mamatt  - [Link]
Cuba test aje. Terima kasih. Fri 11-Jul-2008 02:44
Posted by:janafiq  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Friday, 28-Mar-2008 12:11 Email | Share | | Bookmark
Khairul & Rozana (Sri Menanti 90308)

 
 





Jika tiada apa hendak dibuat waktu lapang, kenapa tidak cuba daftar percuma link dibawah ni ..auntie cuba memang cool survey ni...mudah spt ABC..jika redirection lambat, blasah jer letak jawapan survey tu, masih akan dibayar..aisay letak 2-3 patah perkataan jer..mudah ..auntie tak bohongnya!!

http://www.AWSurveys.com/HomeMain.cfm?RefID=zainzubir
Sat 10-May-2008 01:56
Posted by:zainzubir  - [Link]
bang jana 25 job kensel ....sonyap jo dia org ... kira x jadi le tu. Tue 13-May-2008 14:27
Posted by:krul  - [Link]
Add comment


Friday, 28-Mar-2008 04:53 Email | Share | | Bookmark
Hafizy & Dynas Wedding 160308

Hafizy & Dynas Wedding
Hafizy & Dynas Wedding
Hafizy & Dynas Wedding
View all 48 photos...
Pada 160308 itu hari saya telah berpeluang untuk menghadiri hari perkahwinan Hafizy & Dynas di rumah banglo Datuk Mokhtar iaitu bapa Dynas di Seksyen 9, Shah Alam. Saya datang sebagai Media Photographer. Difahamkan pada hari itu para tetamu hanya dihadiri oleh beberapa media, keluarga yang terdekat dan beberapa artis sahaja.

Ramai juga photographer pada hari itu, walaubagaimanpun kami semua enjoy. Sebabnya, sepasang pengantin yang sungguh sporting dan happy, jadi taklah boring sangat.

Lebih kurang pada pukul 10.30 pagi saya dan kawan-kawan lain sampai di rumah Dynas, taklah susah sangat nak cari rumah beliau cuma dua kali pusing sahaja seksyen 9 tu! Seterusnya kami di jemput masuk dan terus ke dalam kamar pengantin, disitulah bermulanya sesi photography pengantin, dan untuk itu saya pamerkan photo yang saya klik pada pagi itu hingga ke malam terinai dan berakhir pada pukul 12 malam. So saksikan lah...



Photographer yg masih setia sehingga 12pm.







http://wanglebih.com?ref=mesrawang Fri 28-Mar-2008 08:34
Posted by:pak pacak  - [Link]
congratz;
nice pix!


jemput singgah ke fp saya;
http://mirasyaheerah.fotopages.com
Fri 4-Jul-2008 15:04
Posted by:zapple  - [Link]
uncle memang style!! Mon 27-Oct-2008 12:48
Posted by:atin jiha nasirun
Add comment


Friday, 1-Feb-2008 11:20 Email | Share | | Bookmark
Digital Imaging

Pengkalan Balak (Merdeka)
Genting H, w Norlizan Baby.
Q Haidar & S. Armani (Rafflesia)
View all 11 photos...













Ooops! Saya baru tahu. Terimakasih Wed 19-Mar-2008 03:52
Posted by:unnamed
Tumpang lalu..

Pusat Kursus Perkahwinan Geomatika, setiawangsa, kuala lumpur

Lot 3-5-5, Lift 2, Tingkat 5
Prima Peninsular, Jalan Setiawangsa 11
Taman Setiawangsa, KL
Berhampiran LRT Putra Setiawangsa
(Hadapan Giant/Petronas Setiawangsa)

Tel:012-294 3040 / 012-634 6533 : http://kursuskahwin.fotopages.com

Video Clip klick >> : http://www.youtube.com/watch?v=ue_9LDzdqq8

Bayaran RM80.00/perserta >>> Cepat Hadiah dan rebat menanti anda untuk 10 pasangan terawal

Sila bawa salinan IC
Tue 25-Mar-2008 06:18
Posted by:wanie onenie_wanie@yahoo.com  - [Link]
sampan tu cool gile Thu 24-Apr-2008 13:20
Posted by:mambo syedfaissal@gmail.com  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Monday, 28-Jan-2008 11:01 Email | Share | | Bookmark
Anugerah Juara Lagu Ke-22, 2008 @ Putera Stadium Bukit Jalil

The Winners
The Group Winner
The Beauty
View all 5 photos...
The Winners


The Group Winner


The Beauty


The Macho


Nikki


Para pemenang Anugerah Juara Lagu ke- 22 dan para celebriti.

Alaa mana ada meletop biasa saja. TQ
Sabar nanti saya ajak2lah.
Wed 30-Jan-2008 06:26
Posted by:janafiq janafiq@yahoo.com
Tumpang lalu..

Pusat Kursus Perkahwinan Geomatika, setiawangsa, kuala lumpur

Lot 3-5-5, Lift 2, Tingkat 5
Prima Peninsular, Jalan Setiawangsa 11
Taman Setiawangsa, KL
Berhampiran LRT Putra Setiawangsa
(Hadapan Giant/Petronas Setiawangsa)

Tel:012-294 3040 / 012-634 6533 : http://kursuskahwin.fotopages.com

Video Clip klick >> : http://www.youtube.com/watch?v=ue_9LDzdqq8

Bayaran RM80.00/perserta >>> Cepat Hadiah dan rebat menanti anda untuk 10 pasangan terawal

Sila bawa salinan IC
Tue 25-Mar-2008 06:19
Posted by:wanie onenie_wanie@yahoo.com  - [Link]
Tumpang lalu..

Pusat Kursus Perkahwinan Geomatika, setiawangsa, kuala lumpur

Lot 3-5-5, Lift 2, Tingkat 5
Prima Peninsular, Jalan Setiawangsa 11
Taman Setiawangsa, KL
Berhampiran LRT Putra Setiawangsa
(Hadapan Giant/Petronas Setiawangsa)

Tel:012-294 3040 / 012-634 6533 : http://kursuskahwin.fotopages.com

Video Clip klick >> : http://www.youtube.com/watch?v=ue_9LDzdqq8

Bayaran RM80.00/perserta >>> Cepat Hadiah dan rebat menanti anda untuk 10 pasangan terawal

Sila bawa salinan IC
Tue 25-Mar-2008 06:20
Posted by:wanie onenie_wanie@yahoo.com  - [Link]
View all 4 comments Add comment


[<<  <  1  [2]  3  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.